Al-Isyq

Assalamualaikum...selamat tengahari kalian...Ade perkara yg nak dibahaskan...atau kata yg seerti dengannya adalah sesuatu yang patut diluahkan...CINTA...ada ape dengan cinta itu sebenarnye..??kata sayang,rindu,kasih....tue ke CINTA yang dimaksudkan..?Al-Isyq...cinta dalam Islam juga yg agung dan kudus....tapi bagaimana pula dengan cinta skrg..cinta remaja dalam erti kata laen ialah hawa nafsu semata-mata...Sukar benar untuk melihat cinta yg begitu suci dan indah..Ada yg mengatakan cinta tue adalah kesakitan...Love is nOthing..benarkah..?Minggu lepas sOrang rakanku putus cinta gara-gara mengetahui sang kekasih mempunyai cinta hati yang lain..aku yg melihat rakanku menangis teresak-esak.melihat kesakitan yg dirasakannya...Kadang-kadang terfikir sejenak..mengapa cinta begitu??Cinta yang rakanku beri kepada sang kekasihnya adalah sepenuh hati..aku tak akui benda tue..tapi kenapa lelaki sanggup patahkan hati sOrang wanita yg begitu ambil berat tentang dirinya?Hurmm.....aku sendiri tak dapat jawapan bagi persOalan tue...


Teringat tentang kisah sOrang kawan yg sanggup mencederakan dirinya sendiri kerana CINTA...Petang khamis tue,aku dapat panggilan dari temanku neyh...Sedang menangis dan bercakap..Namun aku tak faham butir bicaranya...disebabkan lelaki,die sanggup telan sebanyak mungkin panadOl...wahai teman,sejauh mane keteguhan dirimu..?Mane kekuatan dan semangat yg penah kau bagi padaku..??Alhamdulillah...kawan aku selamat..naseb baek sempat dikejarkan ke hOspital....Maafkan aku wahai teman..aku jua tak punya kekuatan untuk hadapi sume nie..Tapi..di sisi kite masih lagi ade Orang yang begitu menyayangi kite..Allah ada bersama-sama kite...CINTA...disebabkan cinta,ramai insan yang bOleh tekOrban....sebab cinta...ramai yg terluka dan merana...Teman,jika seseOrang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,janganlah terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...


Hari nie plak....saat aku kuar je dari bilik,aku dengar esakan sOrang rakan...terkejut gak tengOk cOz semalam baru jerk kami gelak ketawa,gurau same2...tapi pagi nim...jauh sangat berbeza sikapnya....sumenya sebab CINTA...aduhai.....parah benar cinta ini...insan ini jua ditinggalkan kekasih hati....Hurm...da la nie minggu exam...macam-macam laks jadinya...kesian aku kat kawan aku sOrang nim....aku takut die tak ley nak fOkus nak jawab exam..tue yg paling aku takut...Namun,pe mampu aku buat sebagai kawan..??aku tak suke tengOk kawan aku macam tue...aku tak suke tengOk air mata tue menitis kat muke dier...aku tak suke tengOk sikap murung dan angan2 yg ntah pergi dibawa angin ke mana...Ya Allah...Bantu dirinya...kuatkan hatinya....Teguhkan pendiriannya kepada-Mu.....


Tiada sesiapapun yg tahu apakah yg membuatkan kamu benar-benar bahagia..Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai..Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi.."saya air mata sOrang gadis yg menyayangi sorang lelaki tetapi telah kehilangannya..Siapa kamu pula?"..Jawab titis air mata yg ke-2 itu.."Saya air mata sorang lelaki yg menyesal yg membiarkan seOrang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja..."..bTol..segalanya ketentuan Ilahi...Wallahualam..

Final Exam
Assalamualaikum....
Hari baru dengan cerita yg baru..hehee...Selame 5 bulan lebih berada di Polisas nim macam2 yang da berlaku..Kenangan suke duke..jatuh bangun aku sume kat sini...Lucu plak bile dikenangkan kembali...Pejam celik pejam celik..Esok da nak final exam..!!huhuu...agak takut rasenyer utk menghadapi hari esOk...ley dikatekan cam nak terputus segala urat bile ingat tarikh keramat 19hb Mei 2009..tarikh yg slame nim aku tunggu sepanjang aku duk sini..dalam 2 minggu neyh alwez sangat tidOw lambat..kadang2 bangun esOk pagi,mate cam kene tumbuk jErk..hehe..tapi xpe..setiap pengOrbanan untuk ilmu,pasti juge dapat keredhaan dari-Nya..Semakin banyak anda mengetahui maka anda semakin pandai..Semakin banyak pengetahuan anda,akan semakin banyak yg anda akan hasilkan..Hurmm..tidOw kul 4 pagi da macam jadi kebiasaan untuk minggu neyh...dengan keletah teman-teman yg pelbagai ragam..ade yg sibuk menghafal..ade yg buat muke tensiOn...ade yg melalak tak tentu pasai cOz penat sangat mengadap buku yg belambak..hehehe...rambut same itam,tapi ragam len2..lumrah kehidupan la katakan..Errm..persiapan utk menghadapi esOk hari, Alhamdulillah,setakat nie berjalan lancar..nak mengingati sume nOta yg da dikarang bak buku nOvel rasenyer kemungkinan agak sukar, namun dengan berkat mama abah,keredhaan dari Yang Maha Berkuasa,harap sumenyer berjalan dengan sempurna....

Bile engkau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
Bile tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,Allah telah mengira titisan air matamu..
Bile engkau rase ketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah sentiasa di sisimu..
Bile engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya..
Bile tiada yg bererti buatmu,keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..

"INNALLAHAMA'ANA....."

buat teman-teman seperjuangan sekalian,ayuh bangkit,tunjukkan kite juge bOleh berjaya same seperti teman kite yg laen...If serabut sangat dengan segala benda,pejam mate untuk seketika,ingat wajah ibu bapa yg sedang mengharap dengan penuh pengharapan,lalu katakan,AKU BOLEH!!!"Insyallah..segalanye pasti lancar...Buat y terbaek utk exam neyh..gOod Luck.smOge jumpe di pentas kOnvo..hehee...nak sambung study plak...dOakan yg terbaek utkku jua..tata titi tutu..wassalam...
Bidadari Syurga
Terdetik di hatiku, betapa istimewa kalangan makhluk yang dicipta sebagai kaum Hawa..Allah sendiri meninggikan martabat bagi kaum ini...Terniat di hatiku, ingin aku menjadi mujahiddah kekasih Allah...Terutama bidadari syurga bagi Adam yang telah terhalal bagiku...Teringat aku pada satu kisah...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia..

"Wahai kakakku,kenapalah lemah sunguh kaum Hawa itu,asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia..

"wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.Tapi disitulah adikku,kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego lelaki...Kerana sendu rayunya wanita itu, Nabi Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata."

Si adik tidak berpuas hati lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupilah auratmu. Lantas cuba adik nilai,pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hamba yg bergelar ar-Rijal.Kerana, andai lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya."

Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh...

Adik garu2 kepala..Lalu bertanya, masih adakah wanita solehah di dunia ini?

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga Allah merahmati mujahidah kecil ini.Berjihad dalam dunianya sendiri.Di zaman ini tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh.Namun adikku, jangan dikau cemuh wanita yg toleh itu...kerana dalam hati-hati mereka, tetap ade satu permata indah..perasaan cinta pada Allah..Seperti kisah jambu..Walaupun ia buruk diluar, namun tetap ade kegunaan utk menjadi santapan binatang lain..Mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali ke pangkal jalan, namun terasa berat pula di bahu mereka..Kadang-kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim..Sedangkan itu hanyalah persepsi..Bukan bermakna kita perlu memakai jubah mahupun purdah tapi cukup dengan hanya menutup tubuh badan daripada dijamah oleh tatapan mata sang adam..Hakikatnya,wara' itu bermaksud menjaga..

Sedangkan mereka alpa.Allah tidak menjadikan makhluk ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaannya, bila mana dia menciptakan hawa itu dari tulang rusuk Adam.1001 keindahan penciptaan wanita.

Pernah aku mendengar titipan dari seorang insan bergelar Adam...Wanita ini diibaratkan seperti buah epal.Epal yg berkualiti sangat susah utk diperolehi.Tetapi epal yg tak berkualiti sangat mudah didapati kerana telah jatuh menyembah bumi.

Adik hanya terpaku..ntah apa yang mula difikirkannya...

sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa ini.Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.Wahai adikku...sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah s.w.t , kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga...

Alangkah bertuahnya dirimu..Dan aku????Hanya bidadari berwajah manusia..berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahualam...
Blog Widget by LinkWithin
  • SALAM ZIARAH

    Gila Lensa

    Aku = Photographer

    Aku = Photographer
    Syahirah Photography

    Seruan-Nya

    jom borak!!


    ShoutMix chat widget

    SIAPA AKU?

    My photo
    Salam..hOlla2!!There's not 2 much dat's interesting bout me but here u go,My name is Nur Syahirah Zulkifli. freaky 20.Aku insan penuh kekurangan but alwez m'cari peluang utk m'perbaiki kelemahan tue..i enjoy doing sumtym dat i lOve tO do..huhu..i love photography.even i'm still blind bOut it..do sumting blurr when i got bored,like mengelamun.i had a dream,hope miracle will happen 2 make my dream come true.if i got a power,myb a magic ball,i will..em, secreto.i’m a gurl.a daughter.a student.a beshfwen n a chOmey..huhu.people judge n describe me in so many words.they maybe rite n probably wrong 2.i'm not a perfect gurl but i'm trying 2 be a gud person.life3.full of surprise,aku cume aku,bukan Org laen.so,dat's me.thanx 4 wasting read dis.Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,Cintanya bukan pada gambaran,setianya bukan taruhan,Rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat taqwa keimanan.. Aminn....=)~

    Pengunjung

    PRINCESS PERI

    CHENTA HATi..


    PHOTOGRAPHY

    PHOTOGRAPHY

    TIPS FOTOGRAFI UNTUK ANDA

    “Soften Effect-Kurangkan nilai Contrast & Clarity di dalam Adobe Lightroom untuk mendapatkan potret yang lebih soft seperti filter softening."

    “Painting with Light adalah teknik mencahayakan ruang dengan berbagai sumber cahaya semasa shutter masih terbuka.”

    “Potret Malam-Apabila membuat sesi rakaman pada waktu malam, bawa sumber cahaya lain seperti Portable Mini Luxeon LED Lantern yang boleh menerangi seluruh kawasan, atau sekurang-kurangnya menerangi subjek supaya autofokus kamera anda berfungsi dengan baik.”

    “Gunakan format RAW untuk tonaliti maksimum dalam gambar. Perisian Image Workflow seperti Apple Aperture, Adobe Lightroom , DXO atau PhaseOne CaptureOne memudahkan anda menyunting gambar format RAW.”

    “Di Sg Wang, terdapat kedai buku yang menjual majalah2 photography versi luar negara yang lama dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan banyak tips tips fotografi di sana.”