Suara Hati Anak Merdeka!!


Merdeka!!!!Akhirnya dah 52tahun kita bebas daripada dijajah..Esok tanggal 31 Ogos 2009,satu hari yang paling bermakna bagi rakyat negara Malaysia..Mane tak nyer..hari merdeka tahun nie bersamaan dengan 10hari kite menyambut hari Ramdhan,ibadah yang sedang kita jalani sekarang...Megah berkibar bendera negara kita di serata tempat..di kereta,di rumah,kedai-kedai,di jalanan dan sebagainya telah dipenuhi dengan kibaran bendera ini..Semangat kemerdekaan yang ditunjukkan dari segi mata kasar ini cukup membanggakan..Namun,dari dalaman hati nurani?Begitu bersemangat juakah kita menyambut hari kemerdekaan ini?Hurm..jika dilihat anak mudi harapan bangsa sekarang nie,erti kemerdekaan bagi mereka lebih kepada kebebasan individu..tak dikongkong keluarga,dapat apa yang diinginkan,bergelumang dengan dosa..Merdeka..?Inikah erti kata sebenarnya..?

Aku cukup bangga dengan pejuang tanah air yang telah mempertahankan negara hingga ke titisan darah terakhir mereka...Aku nie xde la insan yang begitu menyukai tentang sejarah..Tapi,detik-detik kemerdekaan negara cukup teruja untuk aku..Haa..ape plak erti kemerdekaan buat korang..?1Malaysia yang diagung-agungkan sekarang nie pun diharap dapat menyemai lebih rasa kenegaraan kepada kita semua...Sampai bile kite mahu bertelingkah tentang dunia?Aku pun tiada jawapan yang pasti..kOrang?Kita disajikan pelbagai acara untuk menyambut kemerdekaan..Tembakan bunga api,gerai-gerai jualan,aktiviti kemerdekaan,iklan-iklan kemerdekaan dan sebagainya..Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya begitu bangga..Jangan dilayan kata-kata Ahmad Idham dan David Teo.."Jangan Pandang Belakang"..Tetapi ikutlah semangat "Sarjan Hassan" yang ingin menegakkan "Hati Malaya" serta ketegasan hati seorang wanita bernama "Embun" yang terus berjuang tanpa mengira penat-lelah demi mempertahankan sebuah negara bernama MALAYSIA...renung-renungkan dan selamat beramal.(",)


Nie Logo Kemerdekaan kita tahun nie..Fikirkan sejenak..pe yang tersirat disebalik logo nie...Banyak ertinya..Wallahualam...

Yahoo!!!Puasa....!!

Selamat Berpuasa…Alhamdulillah..sudah hampir seminggu kita menjalani ibadat yang diamanahkan kepada kita iaitu menahan lapar dan dahaga…Belum terlewat rasenya jika aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua..Syukur ke hadrat Ilahi,kita masih diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk bertemu Bulan Kemaafan pada tahun ini..Bulan Ramadhan,satu bulan yang begitu rahmat dan mulia..Segala makhluk berapi yang selama ini selalu mendampingi kita walau di mana jua kita berada telah diikat untuk jangka masa sebulan ini.Haa..mase inilah yang kita tunggu..Menjalani ibadah tanpa gangguan si iblis..Musuh terkuat kita sekarang nie adalah nafsu..sO,kawal nafsu kOrang..jaga pantang larang yang xbley dibuat semasa kita berpuasa nie..kOmperm2 la kOrang tahu ape kan..hehe..

Hari pertama dan kedua aku berpuasa di rumah sepupuku di Batu Caves..Meriah juga sambutan di sana kerana saudara-maraku membuat jualan di Bazar Ramadhan..Aku pun berpeluang jadi jurujual tak bertauliah di sana..huhu..Memang ramai betul orang di sana..Berpusu-pusu bagaikan ikan sardin.Jalan sesak,bunyi hon yang bertalu-talu,itu sudah menjadi satu kebiasaan pabila berada di tempat sesak begini.Bingit gak telinga aku,tapi sabar je laa..Dugaannn…

Teringat pula pengalaman berpuasa semasa usia belum menginjak kealam remaja..hehe..Geli hati pun ade bila teringat zaman aku kecik-kecik dulu..Berpuasa hanya kerana ingin mendapat duit raya..Aduhai.malu pun ade rasenya..Tambahan pula,mak dan ayahku meletakkan bayaran atas sehari pabila aku dan adik berpuasa.Seingat aku,mase tue aku darjah satu.If aku berpuasa separuh hari,aku akan mendapat RM1..dan jika berpuasa penuh, di’up’kan lagi bayarannyer kepada RM2..Haa..mase kecik-kecik dulu,jumlah tue memang lumayan sesangat laa..Dalam kepala mula mencongak duit dari hari ke hari..hehe..Bile piker-pikir,bagus gak mak ayah aku buat camtu..Semangat la jugak aku dan adik nak belajar berpuasa walaupun kadang-kadang puasa penuh hanya erti kata dari mulut saje bile kami curi-curi makan kat umah nenek..hahaha..Harap-harap la mak ayah aku tak tau kisah nie..Klu x,tak pasal-pasal kene pulangkan balik duit raya tue.hehe

Mase aku menumpang tidur kat umah kazen kat Gombak,anak sepupu aku datang kat aku..Bahase ape ntah anak kecik nie cakap,tapi petah betul..Kalau tak silap aku,hari pertama puasa,petang tue die datang kat aku.”Auntie2,isha nak shishi…auntie cecap,nati isha nanis..”..Aku nie ngan muke kompius cOz tak faham pergi la ambil cOklat lam peti sejuk..Anak sepupu aku geleng jerk..lepas tue,duk ulang banyak kali ayat tadi..habis la kalau budak nie meragam,susah gak aku nak pujuk.Kebetulan,mase tue kazen aku pergi pasar.sO,aku ngan isha nie je la ade kat umah..Sebab takut budak nie nangis,aku terus call kazen aku..Punya la gabra mak die..”eh,bawak die masuk toilet cepat ira..kan terkucir budak tue..”..haha..dari situ la aku belajar bahase budak kecik nie..meh sini aku translate untuk korang laks…”Auntie2,isha nak buang air kecik,auntie cepat,nanti isha nangis”..hehe..isha2..

kOrang pun mesti ade kisah lucu zaman kecik-kecik dulu mase bulan puasa kan..?Pengalaman lepas kadang-kadang buat kita menilai anak-anak kecik sekarang neyh..Bile teringat,komperm2 senyum sorang-sorang kan…?Anyway,aku harap korang dapat jalani ibadah puasa tahun nie dengan sempurna..Haa..jangan curi-curi buka periuk nasi plak pagi-pagi taw..hehe..Solat terawikh jangan lupe buat..Marilah sama-sama kumpulkan ibadah di bulan yang mulia nie..Semoga kita tergolong dalam golongan yang dapat menambahkan pahala yang berlipat kali ganda pada malam Lailatulqadar yang kita semua tidak ketahui masanya..Selamat Berpuasa semua…
Jalan-Jalan Cari Kerja...

Assalamualikum kalian…Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa..Setelah aku post blOg yang bertajuk “penternak anggur” tue,aku terus ditawarkan untuk satu temuduga di Ampang…hari Khamis aku bertolak ke Kuala Lumpur kerana temuduga akan dijalankan pada keesokan harinya.8 jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur…Aduhai..Sakit-sakit badan aku dibuatnya..Aku ditawarkan jawatan Setiausaha Eksekutif di company Touch Group Holding Sdn.Bhd..Ibu cawangannya di Pahang cOz company nie merupakan company kerabat Pahang..Bile pikir2,takut gak nak kerja ngan orang-orang atasan neyh..Komperm banyak ragam punye...

Perjalanan yang agak lama,membuatkan perut aku berkOnsert di dalam neyh..huhu..lapar bangat sik..Nasib baik bas nie berhenti di Chenor..Haa..tetibe jerk de sesuatu yang membuatkan aku terjatuh hati padanya..Wahh..aku terpesOna seketika..Akhirnya,dapat gak aku jumpa kembali dengannya..Ikan patin masak tempoyak..hehe..Korang suke x..?nie la lauk kegemaran aku..haa..ape lagi..mula la aku membelasah nasi ngan lauk tue..Berselera betul aku hari tue..Perjalanan diteruskan ke KL..Sesuatu yang aku xsuke adalah naik bas..Bukan pe,lame sangat nak tunggu..Jam 9malam,aku sampai di Highway Diuk..bersebelahan ngan masjid tue..aku call la kazen aku yang sepatutnya ambil aku,last2 kazen aku salah faham terus pi ambil aku kat masjid Green wood..

Dekat ½ jam gak aku tunggu kat situ..Mase tue punye la seram cOz aku hanya berdua dengan sorang mamat India neyh..If die duk diam2,aku takde la kisah mane..Tapi India nie siap main2 mata laks ngan aku..Hisyyh..Perkara yang paling aku pantang plak tue..Aku memang tak suke if de orang staring aku..tengOk sekali dua xpe..tapi bile pandang lame-lame,tue yang buat aku rimas..Aku nie boleh dikategorikan dalam golongan orang yang agak sabar la jugak..tapi bile sentuh jerk bab pantang larang neyh,aku boleh bad mOod terus..memang rase nak marah..aku pn xtau knape aku macam nie..Lepas tue aku memenuhkan perut aku yang da kosong dari tadi..Then kazen aku ajak pi survey tempat yang aku nak temuduga esoknya..cari punye cari,terjumpa la klu2 yang memang diberikan oleh someone yg bernama miss Liza.Aku pn pelik la jugak coz mase aku tengok web company nie,xde la plak alamat yg aku dapat nie..Aku xsedap hati gak malam tue..tapi atas nasihat orang2 yang berkenaan,aku beranikan diri gak pi interview esoknya..

Krringg…!!!jam menunjukkan pukul 10pagi.bermakna 2jam lagi aku nak disoal siasat oleh kaum-kaum kerabat tue..nak bahasakan diri apa ek..?patik..?hamba..?i & you..?xpom beta..?hehe..wuteva la.. hOpe semua nya berjalan ngan lancar..punye la lapar,aku makan burger mcD jerk sebagai sarapan untuk pagi tue.. Sampai jerk kat depan company tue,aku kuatkan azam,harap2 sumenya setel ngan baek..aku ditemuduga oleh 2 orang Yang Mulia(kerabat Pahang)..Haa..speaking tak ke sudah..penat aku susun ayat..hehe..Alhamdulillah,interview selama 1jam lebih tue,boleh membuatkan aku tersenyum..hehe..Tengok atas nasib jer la lepas nie..If ade rezeki,dapat la aku digelar ‘pekerja’..Walau kat mane pOm aku bekerja lepas nie,niat aku hanya satu..Dilaksana kerana Allah..Amin..
Pergi Tak Kembali

Pergi Tak Kembali…tue la tajuk lagu mahupun ayat yang sesuai dipadankan dengan situasi pabila seorang idOla nasyid negara telah pergi berjumpa dengan Penciptanya…Kini,Allahyarham Ustaz Asri juga telah pergi jauh dan tak akan kembali lagi..Senyuman manis yang dilempar olehnya seOlah menarik sesiapa sahaja untuk didampinginya…iTulah magiknya seOrang insan yang bernama Ustaz Asri…Air mukanya yang sentiasa tersenyum manis apabila menerima sesiapa sahaja tetamu mahupun semasa melayan peminat..Arwah cukup dikagumi kerana membawakan pembaharuan dalam nasyid kotemporari..

Baru jerk 3 hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,aku melihatnya masih tersenyum manis di kaca televisyen…Ajal dan maut itu milik Allah..dan janjiNya tak kan dimungkiri atas sesuatu suratan seseOrang…Innalillah…ke sana jua Ustaz Asri kembali…Bile pula mase kite..?Esok?hari ini..?mahupun seminit lagi..?Aku jua tiada sebarang jawapan untuk itu..kalian?tentunya sama dengan aku bukan…?

Rasenyer masih belum terlewat untuk aku mengucapkan takziah buat keluarga insan yang bernama Mohd Asri Ibrahim yang telah pergi meninggalkan keluarga,sahabat-handai dan para peminatnya pada 13 Ogos 2009 yang lalu..Tiada lagi alunan merdu suaranya ketika menyampaikan lagu nasyid selepas ini, tiada lagi azan yang sentiasa berkumandang setiap tahun berbuka puasa..Lebih mengharukan,tidak akan ada lagi tadbir raya yang berkumandang merdu oleh suaranya..Aku sendiri turut terkejut pabila dikhabarkan oleh seorang teman tentang kehilangan beliau di atas bumi ini..al-fatihah buat allahyarham Ustaz Asri….Amin…


“Selamat tinggal kepada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah tau sebaliknya.

Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan airmata,
Yang pergi takkan kembali lagi..”
Penternak Anggur??

Assalamualaikum…hehe..mesti kOrang kOmpius kan ngan tajuk tOpik kali neyh(agak-agak je la.)..cOz aku sendiri pOm kOmpius bertambah hairan gak sebenarnye..Penternak anggur…?Anggap la ianya gabungan daripada peternak haiwan yg makan anggur ngan petani yg menanam anggur..hUhu..da tak sanggup rasenyer membuang mase kat umah nie tanpa buat kerja yang pasti tiade hasilnyer..Aku masih lagi begini…menjadi usahawan yang berjaya dengan menanam buah anggur yang tak berbuah..huhuu…Bile la aku nak keje neyh..?

Alhamdulillah,nasib baik kerajaan negeri Terengganu bisa menjawab persOalan yang aku kemukakan tadi..15 & 16 Ogog 2009 telah diadakan sebuah program penempatan pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu yang masih belum mendapat kerja tetap…dalam sektor swasta mahupun kerajaan..Aku pOm berpeluang pergi ke sana…Wahh..ramai jugak rupanyer yang senasib ngan aku neyh…ramai jugak pemuda pemudi warisan bangsa yang berebut-rebut untuk memasuki Pusat Dagangan Terengganu atau Pom dikenali dengan name yg lebih femes iaitu TTC itu…

Inisiatif kerajaan negeri yang menitik beratkan masa depan rakyat terengganu begitu membanggakan sekali..Anak-anak Terengganu tidak dibiarkan duduk menyimpuh di rumah dan tidak sekadar melepaskan batuk di tepi tangga..Program nie dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu..Pelbagai gerai yang menawarkan tawaran-tawaran yang belum tentu para penganggur seperti kami ini akan mengetahuinya jika tiada program yang diadakan seperti ini..

Kepada para penggangur di luar sana,rajin2 la melayari laman web pekerjaan yang disediakan seperti jObsmalaysia yang mempunyai tawaran kerja yang menati anda…jOm pakat isi ramai-ramai biar xde satu pOm pekerjaan yang kOsong kat negara nie diisi oleh warna negara asing…ok..?aku nak sambung isi bOrang kerja laks nie..dOakan aku dapat kerja cepat-cepat k..tata titi tutu….
Pc Fair Meriah

Assalamualaikum para pembaca blOg sekalian...Aku ade pi kat Pc Fair..Hurm..banyak benda gak la yang dijual dengan kadar harga yang murah....agak terkujut gak aku bile terpandang sebuah laptOp yang berharga hanya rm500...dua tiga kali gak aku toleh untuk dapatkan kepastian..hehe..Tapi tak ingat la plak nak tengOk brand pe...Aku nasihatkan korang,jangan la beli laptOp yang harga terlampau murah..cOz kite tak taw berapa lame jangka hayat sesebuah laptOp tue..Alang-alang nak beli,lebih baik beli yang berkualiti....kan...?Tapi agak chOmey la plak bile tengOk laptOp tue cOz ade dalam pelbagai kaler...

Ramai pengunjung yang membanjiri pc fair nim,lastday la katakan sO ramai la yang nak beli dengan harga runtuh termasuk la aku..(ngaku gak akhirya)..Mase ramai-ramai orang nie la aku jadi gabra sikit..ye la,kan penularan wabak h1n1 tue still lagi ade..aku pOm amek langkah berjaga-jaga gak ngan menutup hidung..huhu..Time-time nie plak aku xde fulus mane sO rambang mata la jugak tengOk barang-barang kat sini...Alhamdulillah..dapat gak aku beli 3 barang kat sana...aku beli webcam yang chOmel tue..kiut semacam jerk aku tengOk,lagipOm ade satu jerk yg limited editiOn macam tue..xmelepaskan peluang di depan mata la..Mouse tue plak cOz kalernyer pink,sO aku rembat la satu..kOmperm adik aku syukur gile cOz pasnie xde la aku asyik berebut mOuse jerk ngan die..baikkan kakakmu ini wahai adikkku..?hehe..dan yang satu lagi,aku beli bluetOoth disebabkan bluetOoth kat laptOp aku da rOsak..So kepada sesape yang memang gile iT n fOtografi,next time if ade pc fai,jangan lak lepaskan peluang untuk pi ke sana k...bOley jimatkan duet Korang..jangan lupe yer..salam..
Virus Kematian

AHSHSYIMM....!!! Ramai laks yang bersin sekarang neyh..Dulu perkara nie memang da jadi lumrah alam bile nengOk atau dengar sesape jerk yang bersin..tapi sekarang dunia da berubah..Bersin diibaratkan satu serang hendap musuh yang paling kejam...Seperti yang kite sedia maklum,h1n1..virus selsema babi yang begitu menular sekarang nie hingga meragut ramai nyawa..tak kire mude ataupOm tua..isk3..memang parah da kejadian yang kite tak sangga neyh..Mungkin nie antara salah satu ujian Allah buat hambaNya..
"Jika bersin,sebutlah ALHAMDULILLAH(segala puji hanya bagi Allah),dan yang mendengar,maka ucaplah YAHDIKUMULLAH(mudah-mudahan Allah merahmatimu)"..SemOga kite terhindar daripada virus kematian yang begitu dasyat sekarang nim..
Setiap orang pastinya tidak ingin sakit atau kesihatannya terganggu..Ye la..macam aku sendiri,memang tak suke cOz kOmperm2 kene makan ubat..huhu..Aku nie tergOlong dalam insan yang memang trauma ngan sOmething yang dinamakan 'UBAT'..huuhuu...Pada kebiasaannya,kite diserang penyakit pada saat daya tahan badan kite lemah..so,korang kuat-kuatkanlah badan kOrang agar tak sakit...Macam mane?Haa..kene jaga diri dan amalkan hidup yang cergas..Ramai gak kawan-kawan aku yang sakit sekarang neyh..Ade yang demam panas,selsema,batuk...sO,aku dOakan kalian cepat sembuh..Buat A'a yang ngah demam panas sekarang neyh,jangan lupe makan ubat taw...demam panas tue bahaye..1 lagi,jangan nak gatai-gatai mandi tengah malam kan..ikut saranan dOktor..hOpe kembali sehat...Pada kengkawan yang laen,jaga diri taw..

Saranan kerajaan yang bagi tOpeng pada pelajar dan orang awam juga merupakan satu langkah yang diharap dapat mengurangkan virus nim daripada berjangkit...Bangga jugak bile adik aku yang paling bOngsu,beria nak pakai tOpeng tue...Hmm..kanak-kanak pOm dapat memahaminya apatah lagi kite...Ade kebaikan la jugak,makin ramai orang menutup aurat sekarang nim walaupOm hanya memakai tOpeng..hehee...Bagus la kan,tue bOleh dijadikan sebagai latihan untuk memakai purdah plak suatu hari nanti..huhuu..Segala yang Allah beri,pasti terselit satu hikmah di sebaliknya...SemOga kite terhindar dari virus h1n1 neyh dan marilah kite same-same menghadiahkan al-Fatihah buat insan-insan yang dah terkOrban kerananya...Amin..



Psst : Errk..aku lagi takut sebenarnyer...hukhuk=(
Yabeda Beduu..!!

Assalamualaikum..hehe..haa..kali nie datang nak menunaikan janji..Aku da p pesta tue..sO sekarang nie,aku nak kOngsi ngan kOrang laks..Pesta Terengganu 2009..Ia merupakan salah satu acara tahunan yang terbesar di dalam kalendar perlancongan 2009 Negeri Terengganu. Pada tahun neyh, kerajaan negeri telah beri kepercayaan kepada Persatuan Perkasa Alam untuk menganjurkan pesta ini..Ayah aku merupakan setiausaha dalam Persatuan nie..Persatuan Perkasa Alam nie juge yang telah banyak membantu aku dalam kelab Taekwando..Pesta Terengganu pada tahun nie diadakan di Terengganu Equestrian Resort(TER) yang merupakan salah satu tempat sukan yang paling popular di negeri ini. Dengan adanya pesta seumpama ini diharap dapat memberi infOrmasi mengenai negeri Terengganu kepada para pelancOng dari dalam mahupun luar Negara dan menjadi medium pertemuan diantara rakyat negeri ini dan luaran serta menjadi pemangkin kepada negeri Terengganu ini.

Penganjuran pesta nie menepati misi dan matlamat kerajaan negeri dalam usaha menarik ramai pelancOng seperti aku nie..hehe..Ye la, 2tahun aku belajar di Polisas banyak btOl perubahan yang berlaku selepas aku balik...Pesta nie juge memberikan gambaran sebenar mengenai keunikan dan keindahan serta warisan seni budaya kepada pengunjung melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan..Antara acara yang menjadi tarikan ramai adalah Pony Ride, Paddle Boat, Paintball, Mainan pantai, Ujibakat Karoke, Permainan Tradisional dan Sprint Test..Di samping tue diadakan juge klinik-klinik yang tidak mempunyai ubat serta doktor yang suke mencucuk seperti klinik menunggang kuda dan klinik bowling..hehe..sesape yang sakit memang tidak digalakkan ke klinik ini.huhu…

Pada sebelah malam pula ada artis jemputan yang akan membuat persembahan.Pesta ini berlangsung selama 2minggu.. sO,tiap-tiap malam artis yang berlainan akan membuat persembahan antaranya adalah Awie, Dato’M.daud Kilau, Mila, Kristal, Yuna dan ramai lagi..Pada malam terakhir pula akan diadakan Pertandingan Akhir Bintang Kecil, dan Pertandingan akhir Karoke..pade sesape yang rase mempunyai suara yang sangat lunak dan bOleh mebuatkan ramai orang membeliakkan mata pabila mendengar suara anda,haa..bOleh la try naseb..Mane la tau kot2 dapat hadiah utama..hehe..Datang..Jangan tak datang taw…Selamat ber’enjOy’..Daa…Assalamualaikum..
Aku Bukan Supergurl

Assalamualaikum….Baru-baru nie ade la aku pi satu program yang dianjurkan oleh negeri Terengganu dan kerjasama ngan ASEAN…Program nie berlangsung 3hari…Ade 2 program sekaligus yang dijalankan serentak di Pantai Batu Buruk yakni pantai yang alwez jadi teman setia aku if aku de prOb..cantik gler pantai nie..kOrang pOm patut datang taw..waahhh…pe salah promote pantai negeri sendiri kadang-kadang kan..hehe..Kat sini berlangsung satu acara pantai yang dipanggil ASEAN Water Cross..Besh la gak..sangat teruja aku tengOk cOz bukan hanya orang Malaysia yang maen water cross neyh tapi Negara-negara laen pOm terlibat sama…pergh..bile tengOk mat saleh mean jet sky,agak kecut perut aku dibuatnyer..bukan pe..bile org yang xprOfesional cam aku nie tengOk,komperm2 la jadi teruja…tapi ayah sedare aku nie plak punye la tengOk slumber...tue la beza nyer orang professional ngan professor xtaw pape cam aku nie..haha..btOl la,aku bukan supergurl..hehe

Banyak gak aktiviti yang dOrang jalankan…demostrsi fOrmula future pOm ade gak..Haa..if kOrang nak taw,ade 2 orang budak kecik negeri terengganu da berjaya tawan dunia dalam fOrmula future nie taw…aku memang tabik spring ngan bebudak neyh..bagus btOl..bangga aku sebagai salah sOrang rakyat negeri nim..hehe..pantai nie da jadi warna-warni cOz betapa banyak belOn besar-besar..aku pOm ape lagi..amek peluang buat aktiviti memeluk belon yang besar tue..susah la jugak cOz angin kuat gler…bile tengOk water cross nie,teringat aku maen banana bOat kat pulau pangkOr..korang penah maen tak..?if blOm,kOrang pom patut try taw..memang besh…banana bOat tue kene naek juz 5-6 orang jerk satu bOat..xley ramai2..nanti tak pasal2 karam kat tengah laut tue…seronok2 pOm,kene gak piker tentang perkara yang tak diingini gak..kite tak tahu,ketentuan Allah sume bley jadi..Kemungkinan tue pastinya ada,tapi kite jerk sebagai manusia tak bley nak agak…nak dijadikan cite..mase kat tengah laut tue,kawan aku,shah yang duduk di bahagian paling belakang,nyaris-nyaris nak terjatuh mase bot tue buat selekOh maut..Naseb baek ade sOrang kawan yang perasan..if x..hmm..tak brani nak kate la…


Ok,berbalik pada cite kite tadi,satu lagi acara yang dijalankan adalah bersempana hari ulang tahun tentera Malaysia..tak kire la tentera darat,laut mahupun udara..Semuanya diraikan atas pengOrbanan yang telah dilaksanakan semata-mata demi memperjuangkan keselamatan Negara kite…Tahniah atas kejayaan para prajurit Negara kita…Pelbagai ativiti gak yang dijalankan…seperti demOstrasi latihan askar,pebarisan patung, dan yang paling aku minat adalah TATOO yang dijalankan pada sebelah malam…Aku berpeluang gak pi stadium pada sebelah malam tue…siap dapat jadi VIP lagi..hehe..bukan ape,cOz ayah aku merupakan salah sOrang sukarelawan askar wataniah dan telibat sama dalam acara pada malam tue..Mase kat Polisas dulu,aku pom masuk askar ataniah,tapi tak dapat pi rekrut atas sebab masalah kesihatan dan sebab-sebab yang tertentu..sedikit kechewa la jugak..huhuu..Malam tue acara dimulakan dengan bunyi meriam dan 4orang askar dari 4 penjuru stadium tue terun dari tiang lampu..cube kOrang bayangkan,betapa lamenyer dOrang duduk kat tiang lampu stadium tue semata-mata nak jayakan acara nie..If aku la,huhu..tak sangup den..penat tue..xley jadi supergurl btOl aku neyh...

Persembahan teater askar pOm ade demi untuk memperingati sOrang askar yang telah kembali ke rahmatullah semasa pertempuran dengan pihak musuh.Al-fatihah buat beliau yang telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir..Suasana mase tue sedih dan hiba jugak..Para penonton sedikit sebnyak merasai kejadian yang terjadi selepas dilakonkan semula oleh pihak askar yang laen…Selepas tue,pelbagai lagi acara yang dijalankan pada malam tue dan diakhiri dengan bunga api..Wahh..bukan maen lagi adik aku yang bOngsu tue..bersOrak sakan mase tengOk bunga api..hehe..adik2..teringat plak mase aku kecik2 dulu…huhu..2x5..5x2..same jerk..budak2 la katakan…Minggu depan ade plak Pesta Terengganu 2009 yang akan dijalankan di TER(Terengganu Equestrian Resort)..haa..tue kene tunggu aku pi sana plak la..then baru ley kOngsi gan kOrang..hehe..ok..chaw cHin chow…



Psst: teringin gak nak jadi supergirl,bley terbang tinggi2..hehe
Sebuah Linangan

“B..jOm makan…”
“B xlapar lagi…buat air kat b satu bOleh..?lame dah xminum air yg ira buat..”
“Ok…tapi pasnie kene makan taw…neh..?”
“Ye la..ye la..isk budak nie..buat b mcm budak kecik plak..”
“hehe..mesti laa…sayang b lebih kan..”

Tue la senda gurau yang paling akhir aku dengan bie..Bestnyer mase tue..Die layan gak kerenah aku…Lawan cakap ngan aku…Bagi nasihat yang memang dah jadi kebiasaan tiap kali aku jumpe die…Bie…Bie..degil btol..Macam mane la nak sihat kalau macam tue…Asyik nak gaduh ngan aku jerk..hehe…Tapi komperm2 aku yg akan menang last skali..Nak tau taktiknyer..?Haa..aku buat jerk pura-pura ngajuk…huhu…Tapi lepas nie sume nyer da xde lagi..Aku pom da xtaw nak buat taktik tue kat sape lagi..sebab bie……..da xde……

Bie.…Tokki,..Ayah Wan..tiga2 da tinggalkan aku…Sume da pergi kealam sana…hati mane yang tak sebak sebaik saje dengar berita kematian arwah atukku beberapa hari selepas hari jadiku…Ketentuan Ilahi..Segala yang hidup diaats muka bumi ini,pastinya akan diakhiri dngan kematian..Arwah atuk(belah mak) pergi dulu..Mase tue aku baru umur 5 tahun..Mase tue kecik lagi..Ayah aku bawa aku pergi gak ke kubur untuk prOses tanam arwah atuk aku..

“Abah,nape die letak ayah lam tanah..?”

Tue la sOklan yang keluar dari mulut kecil yang tak mengerti apa-apa..Ayah aku jelaskan kat aku tapi pemikiran anak kecil yg blOm memahami apa itu sebuah kematian..Aku xfaham dan terus menangis..Aku marah kat pak cik-pak cik yang tanam atuk aku..Sampai balik rumah,aku merajuk ngan ayah aku…Malam tue,mak aku cerita satu kisah untuk pujuk aku..Mak aku suruh aku tengOk bintang..Mak aku cakap,ayah wan aku tengah tengOk aku…Mak aku cakap ayah wan naek ke langit dan jadi bintang yg paling terang..Mase tue memang ade bintang paling bersinar..Aku punye la percaya..Tapi bile da besar..rase lucu plak benda tue…Anak kecik…memang tak tahu pape…

Atuk belah ayah aku plak meninggal tahun lepas…Atuk aku sakit urat..Lame jugak duduk kat hOspital sampai berbulan-bulan lamenyer..daripada seorang yang sihat,badan yang tegap hingga jadi kurus kering dan lemah…Atuk aku tak dapat telan nasi selama 3 bulan…Hanya minum susu dan makanan yang dibekalkan oleh pihak hOspital..2 hari sebelum puasa,atuk aku meninggal..Mungkin rahmat Allah,tak nak bebankan nenek aku untuk jaga atuk aku mase bulan puasa…Syukur,segalanya selamat dijalankan..Atuk aku meninggal denga cara yang senang dan muke arwah nampak tersenyum mase die meninggal..Kemungkinan atas faktor arwah atuk aku imam masjid jadi arwah tak pergi dengan cara yang susah…Wallahualam…semOga dia ditempatkan di dalam gOlongan yang beriman..Amin..

Menurut keterangan dalamAl-Quran dan al-Hadis dikemukakan dengan jelas dan tegas bahawa fasa-fasa yang harus dilalui Oleh setiap jiwa atau rOh manusia itu adalah empat perumahan..Perumahan yang aku katakan di sini adalah alam yang harus ditempuh iaitu alam kandungan,alam dunia,alam kubur(barzakh) dan alam akhirat. Kenapa kehidupan dunia hanya merupakan kesenangan yang memprdayakan? Memang dapat dibuktikan kini dan segala bukti serta kenyataan yang aku bOleh perkatakan seperti muda menjadi tua bangka,kelmarin masih sihat tetapi hari ini keadaan sakit, dahulu dapat berjalan sekarang sudah lumpuh, dahulu mata jelas melihat tetapi sekarang harus menggunakan cermin mata,dahulu rambutnya hitam tetapi berubah menjadi putih dan sebagainya..Itu semua adalah datangnya malakul maut kepada manusia sedikit demi sedikit..

Dalam satu riwayat ada disebutkan,tatkala rOh berpisah ngan tubuh,maka ia dipanggil dari langit dengan 3 kali jeritan..

Wahai anak Adam.
-Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kamu?
-Apakah kamu mengumpulkan dunia, atau dunia mengumpulkan kamu?
-Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu?

Innalillah…mudah-mudahan dapat kita jadikan cermin dan pelajaran serta mempertebalkan keimanan kita,sehingga kita tidak merasa canggung untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya dan dalam meningkatkan ibadat kita kepada Allah untuk mencapai tingkat muttaqin…semOga semua umat Islam yang telah meninggal dunia berada di dalam gOlongan mukmin yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah..Kita pula?Same2lah sedekahkan al-fatihah dan berdOa untuk mereka di sana..Mungkin hari nie mahupun selepas membaca segala yang telah aku coretkan ini,tiba mase kita pula..Wallahualam…

TSUMMA AMAATAHUU FA AQBARAH,TSUMMA IDZAA SYAA-A ANSY SYARAH..”Kemudian Dia mematikannya dan memasukkan kedalam kubur, kemudian bila Dia menghendakkani,Dia membangkitkannya kembali”
Blog Widget by LinkWithin
  • SALAM ZIARAH

    Gila Lensa

    Aku = Photographer

    Aku = Photographer
    Syahirah Photography

    Seruan-Nya

    jom borak!!


    ShoutMix chat widget

    SIAPA AKU?

    My photo
    Salam..hOlla2!!There's not 2 much dat's interesting bout me but here u go,My name is Nur Syahirah Zulkifli. freaky 20.Aku insan penuh kekurangan but alwez m'cari peluang utk m'perbaiki kelemahan tue..i enjoy doing sumtym dat i lOve tO do..huhu..i love photography.even i'm still blind bOut it..do sumting blurr when i got bored,like mengelamun.i had a dream,hope miracle will happen 2 make my dream come true.if i got a power,myb a magic ball,i will..em, secreto.i’m a gurl.a daughter.a student.a beshfwen n a chOmey..huhu.people judge n describe me in so many words.they maybe rite n probably wrong 2.i'm not a perfect gurl but i'm trying 2 be a gud person.life3.full of surprise,aku cume aku,bukan Org laen.so,dat's me.thanx 4 wasting read dis.Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,Cintanya bukan pada gambaran,setianya bukan taruhan,Rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat taqwa keimanan.. Aminn....=)~

    Pengunjung

    PRINCESS PERI

    CHENTA HATi..


    PHOTOGRAPHY

    PHOTOGRAPHY

    TIPS FOTOGRAFI UNTUK ANDA

    “Soften Effect-Kurangkan nilai Contrast & Clarity di dalam Adobe Lightroom untuk mendapatkan potret yang lebih soft seperti filter softening."

    “Painting with Light adalah teknik mencahayakan ruang dengan berbagai sumber cahaya semasa shutter masih terbuka.”

    “Potret Malam-Apabila membuat sesi rakaman pada waktu malam, bawa sumber cahaya lain seperti Portable Mini Luxeon LED Lantern yang boleh menerangi seluruh kawasan, atau sekurang-kurangnya menerangi subjek supaya autofokus kamera anda berfungsi dengan baik.”

    “Gunakan format RAW untuk tonaliti maksimum dalam gambar. Perisian Image Workflow seperti Apple Aperture, Adobe Lightroom , DXO atau PhaseOne CaptureOne memudahkan anda menyunting gambar format RAW.”

    “Di Sg Wang, terdapat kedai buku yang menjual majalah2 photography versi luar negara yang lama dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan banyak tips tips fotografi di sana.”