Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Sujud Terakhir

Assalamualaikum...huhu..sedey rase malam neyh...http://emo.huhiho.comSujud terakhir sOlat terawih bagi bulan Ramadan..Semoga kita dipanjangkan umur dan dipertemukan kembali Bulan Kemuliaan yang telah dijanjikan oleh Allah ini pada tahun hadapan..Suasana malam nie kat masjid cukup hiba dan suram..Ade warga tua yang menitiskan air mata..Aku cukup tersentuh dengan situasi macam nie..sedey yang teramat...http://emo.huhiho.comYa Allah,pertemukan kembali Bulan Pengampunan ini bagi kami..Semoge kite juga telah mendapat 'kalungan Lailatulqadar' untuk kita bertemu dengan Allah di padang masyar kelak..Betapa besar ganjaran yang tiada tolak-bandingnya untuk kite pakai bertemu dengan Allah Taala..Bagi sesiapa yang dapat memakai kalungan lailatulqadar ini,dia akan diiringi oleh para malaikat umpama pengantin..Masyallah..besarnya ganjaranMu...Selamat tinggal Ramadan..http://emo.huhiho.comAku bakal merinduimu...http://emo.huhiho.com
Susah Sangat Ke??

Assalamualaikum...Alhamdulillah..tinggal beberapa hari jerk lagi kite nak menyambut bulan Syawal iaitu Bulan Kemenangan dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada Bulan Pengampunan yang begitu indah ini...Aku baru jerk pulang daripada masjid tadi,menunaikan sOlat terawih..Tapi ade satu persoalan dalam diri neyh..masih lagi tertanya-tanya hingga sekarang..http://emo.huhiho.comSUSAH SANGAT KE??...http://emo.huhiho.comBukan pe,masih ade lagi segelintir daripada kita susah sangat nak merapatkan susunan saf dalam sembahyang..Di akhir Ramadan pun,ade lagi yang still buat-buat buta dan memberatkan kaki untuk melangkah setapak ke
hadapan..mengapa begini..mengapa..???http://emo.huhiho.comKorang penah dengar tak,yakni sempurnakan saf pertama,kemudian yang berikutnya..Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat saf baru sehinggalah saf pertama sempurna..Hmm..aku pun tak taw kenapa benda-benda macam nie still lagi berlaku..Memang nampak benda nie remah jerk,tapi hukum hakam bukan kat tangan kita...Pikir-pikirkanlah..http://emo.huhiho.comWallahualam..

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)...
Si Telur Yang Kiut
Salam semua..Haa…aku saje-saje jerk nak kongsi pic yang kiut-miut neyh kat kOrang cOz aku sendiri pom terpegun dan tertawan nengOk gambar-gambar neyh..Kalau la betOl semua telur se’kiut’ ini,kOmperm sesangat la,aku takkan makan telur sepanjang hidup..Bukan pe,cOmey sangat.1 lagi,rase kejam laks bile nak makan telur yang de perasaan ditambah ngan mimik muke cam tue..xbley2..kesian..huhuu.sayang nak makan..hehe..Ok,da tengOk,tugas korang la plak kritik gambar-gambar nie yer..sO,lu pikirlah sendiri..hehe

Erkk..kejam betul...habis la naseb aku...

Hah...???Tidakkkk!!!!


Kejam btOl pembunuhan nie,...isk..isk..


Kes ini masih dalam siasatan...



Erkk..jangan pukul aku...tOlOng...aku cuma lagi putih dari kOrang..huhuu



U sayang i..i sayang u..haha..(telur pOm pandai nak cintan-cintun)



Apalah nasib aku...Selamat tinggal semua..



Lompat aku kate..!!



Sampai disini saje hayatku..Selamat tinggal dunia...

Lelaki vs Wanita

Assalamualaikum..Salam Ramadan buat semua..Haa..ade kisah nak kOngsi ngan kOrang semua..Semalam dalam keasyikkan mengemas bilik(wahh..cam rajin sangat jerk..huhu), aku terjumpa la majalah sekolah aku dulu..iaitu majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar..Tengok punya tengok,terpampang la satu kisah..Jeng3..huhu..xde la kisah ape sangat pun..tapi karya cerpen aku kat dalam tue..Aku menang pertandingan cerpen,sO ade la dimuatkan dalam majalah sekolah tue tanda penghargaan..aku nak kOngsi la ngan korang cerpen yang aku menang dulu..bOleh la korang tolong jadi pengkritik plak..wOkey..?Layannn…

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu..!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak,lalu menatap wanita dengan pasti)Kamu tulang rusukku!!

Kerana Allah melihat Adam kesepian,saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil tulang rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya..Setelah berkahwin,pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi bOsan.Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mula menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar dari rumah. Saat tiba di seberang jalan,dia berteriak,”kamu tidak cintakan saya lagi!!”.LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “saya menyesali perkahwinan ini!kamu ternyata bukan tulang rusukku!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan linangan air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu…
LELAKI masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggunya, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA..

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik..kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang..?
LELAKI : Belum
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan
Kembali 2 minggu lagi.Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu
tahu nombor telefon saya kan?Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum
manis,berlalu dihujung lafaz “selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian,LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban dalam nahas itu.Malam itu,sekali lagi,LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya.Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA,tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan…

Jadi berfikirlah,apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima..??

Hehe..nie la cerpen yang aku karang zaman sekolah menengah dulu..Banyak gak sumber-sumber yang membantu dalam penyiapan sebuah cerpen neyh,,.nak tengOk cerpen nie ngan lebih jelas,ley la kOrang dapatkan majalah SMKB neyh..huuhuu..sO,apa plak pendapat korang sebagai juri?hehe..Wallahualam..
Suara Hati Anak Merdeka!!


Merdeka!!!!Akhirnya dah 52tahun kita bebas daripada dijajah..Esok tanggal 31 Ogos 2009,satu hari yang paling bermakna bagi rakyat negara Malaysia..Mane tak nyer..hari merdeka tahun nie bersamaan dengan 10hari kite menyambut hari Ramdhan,ibadah yang sedang kita jalani sekarang...Megah berkibar bendera negara kita di serata tempat..di kereta,di rumah,kedai-kedai,di jalanan dan sebagainya telah dipenuhi dengan kibaran bendera ini..Semangat kemerdekaan yang ditunjukkan dari segi mata kasar ini cukup membanggakan..Namun,dari dalaman hati nurani?Begitu bersemangat juakah kita menyambut hari kemerdekaan ini?Hurm..jika dilihat anak mudi harapan bangsa sekarang nie,erti kemerdekaan bagi mereka lebih kepada kebebasan individu..tak dikongkong keluarga,dapat apa yang diinginkan,bergelumang dengan dosa..Merdeka..?Inikah erti kata sebenarnya..?

Aku cukup bangga dengan pejuang tanah air yang telah mempertahankan negara hingga ke titisan darah terakhir mereka...Aku nie xde la insan yang begitu menyukai tentang sejarah..Tapi,detik-detik kemerdekaan negara cukup teruja untuk aku..Haa..ape plak erti kemerdekaan buat korang..?1Malaysia yang diagung-agungkan sekarang nie pun diharap dapat menyemai lebih rasa kenegaraan kepada kita semua...Sampai bile kite mahu bertelingkah tentang dunia?Aku pun tiada jawapan yang pasti..kOrang?Kita disajikan pelbagai acara untuk menyambut kemerdekaan..Tembakan bunga api,gerai-gerai jualan,aktiviti kemerdekaan,iklan-iklan kemerdekaan dan sebagainya..Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya begitu bangga..Jangan dilayan kata-kata Ahmad Idham dan David Teo.."Jangan Pandang Belakang"..Tetapi ikutlah semangat "Sarjan Hassan" yang ingin menegakkan "Hati Malaya" serta ketegasan hati seorang wanita bernama "Embun" yang terus berjuang tanpa mengira penat-lelah demi mempertahankan sebuah negara bernama MALAYSIA...renung-renungkan dan selamat beramal.(",)


Nie Logo Kemerdekaan kita tahun nie..Fikirkan sejenak..pe yang tersirat disebalik logo nie...Banyak ertinya..Wallahualam...

Virus Kematian

AHSHSYIMM....!!! Ramai laks yang bersin sekarang neyh..Dulu perkara nie memang da jadi lumrah alam bile nengOk atau dengar sesape jerk yang bersin..tapi sekarang dunia da berubah..Bersin diibaratkan satu serang hendap musuh yang paling kejam...Seperti yang kite sedia maklum,h1n1..virus selsema babi yang begitu menular sekarang nie hingga meragut ramai nyawa..tak kire mude ataupOm tua..isk3..memang parah da kejadian yang kite tak sangga neyh..Mungkin nie antara salah satu ujian Allah buat hambaNya..
"Jika bersin,sebutlah ALHAMDULILLAH(segala puji hanya bagi Allah),dan yang mendengar,maka ucaplah YAHDIKUMULLAH(mudah-mudahan Allah merahmatimu)"..SemOga kite terhindar daripada virus kematian yang begitu dasyat sekarang nim..
Setiap orang pastinya tidak ingin sakit atau kesihatannya terganggu..Ye la..macam aku sendiri,memang tak suke cOz kOmperm2 kene makan ubat..huhu..Aku nie tergOlong dalam insan yang memang trauma ngan sOmething yang dinamakan 'UBAT'..huuhuu...Pada kebiasaannya,kite diserang penyakit pada saat daya tahan badan kite lemah..so,korang kuat-kuatkanlah badan kOrang agar tak sakit...Macam mane?Haa..kene jaga diri dan amalkan hidup yang cergas..Ramai gak kawan-kawan aku yang sakit sekarang neyh..Ade yang demam panas,selsema,batuk...sO,aku dOakan kalian cepat sembuh..Buat A'a yang ngah demam panas sekarang neyh,jangan lupe makan ubat taw...demam panas tue bahaye..1 lagi,jangan nak gatai-gatai mandi tengah malam kan..ikut saranan dOktor..hOpe kembali sehat...Pada kengkawan yang laen,jaga diri taw..

Saranan kerajaan yang bagi tOpeng pada pelajar dan orang awam juga merupakan satu langkah yang diharap dapat mengurangkan virus nim daripada berjangkit...Bangga jugak bile adik aku yang paling bOngsu,beria nak pakai tOpeng tue...Hmm..kanak-kanak pOm dapat memahaminya apatah lagi kite...Ade kebaikan la jugak,makin ramai orang menutup aurat sekarang nim walaupOm hanya memakai tOpeng..hehee...Bagus la kan,tue bOleh dijadikan sebagai latihan untuk memakai purdah plak suatu hari nanti..huhuu..Segala yang Allah beri,pasti terselit satu hikmah di sebaliknya...SemOga kite terhindar dari virus h1n1 neyh dan marilah kite same-same menghadiahkan al-Fatihah buat insan-insan yang dah terkOrban kerananya...Amin..



Psst : Errk..aku lagi takut sebenarnyer...hukhuk=(
Sebuah Linangan

“B..jOm makan…”
“B xlapar lagi…buat air kat b satu bOleh..?lame dah xminum air yg ira buat..”
“Ok…tapi pasnie kene makan taw…neh..?”
“Ye la..ye la..isk budak nie..buat b mcm budak kecik plak..”
“hehe..mesti laa…sayang b lebih kan..”

Tue la senda gurau yang paling akhir aku dengan bie..Bestnyer mase tue..Die layan gak kerenah aku…Lawan cakap ngan aku…Bagi nasihat yang memang dah jadi kebiasaan tiap kali aku jumpe die…Bie…Bie..degil btol..Macam mane la nak sihat kalau macam tue…Asyik nak gaduh ngan aku jerk..hehe…Tapi komperm2 aku yg akan menang last skali..Nak tau taktiknyer..?Haa..aku buat jerk pura-pura ngajuk…huhu…Tapi lepas nie sume nyer da xde lagi..Aku pom da xtaw nak buat taktik tue kat sape lagi..sebab bie……..da xde……

Bie.…Tokki,..Ayah Wan..tiga2 da tinggalkan aku…Sume da pergi kealam sana…hati mane yang tak sebak sebaik saje dengar berita kematian arwah atukku beberapa hari selepas hari jadiku…Ketentuan Ilahi..Segala yang hidup diaats muka bumi ini,pastinya akan diakhiri dngan kematian..Arwah atuk(belah mak) pergi dulu..Mase tue aku baru umur 5 tahun..Mase tue kecik lagi..Ayah aku bawa aku pergi gak ke kubur untuk prOses tanam arwah atuk aku..

“Abah,nape die letak ayah lam tanah..?”

Tue la sOklan yang keluar dari mulut kecil yang tak mengerti apa-apa..Ayah aku jelaskan kat aku tapi pemikiran anak kecil yg blOm memahami apa itu sebuah kematian..Aku xfaham dan terus menangis..Aku marah kat pak cik-pak cik yang tanam atuk aku..Sampai balik rumah,aku merajuk ngan ayah aku…Malam tue,mak aku cerita satu kisah untuk pujuk aku..Mak aku suruh aku tengOk bintang..Mak aku cakap,ayah wan aku tengah tengOk aku…Mak aku cakap ayah wan naek ke langit dan jadi bintang yg paling terang..Mase tue memang ade bintang paling bersinar..Aku punye la percaya..Tapi bile da besar..rase lucu plak benda tue…Anak kecik…memang tak tahu pape…

Atuk belah ayah aku plak meninggal tahun lepas…Atuk aku sakit urat..Lame jugak duduk kat hOspital sampai berbulan-bulan lamenyer..daripada seorang yang sihat,badan yang tegap hingga jadi kurus kering dan lemah…Atuk aku tak dapat telan nasi selama 3 bulan…Hanya minum susu dan makanan yang dibekalkan oleh pihak hOspital..2 hari sebelum puasa,atuk aku meninggal..Mungkin rahmat Allah,tak nak bebankan nenek aku untuk jaga atuk aku mase bulan puasa…Syukur,segalanya selamat dijalankan..Atuk aku meninggal denga cara yang senang dan muke arwah nampak tersenyum mase die meninggal..Kemungkinan atas faktor arwah atuk aku imam masjid jadi arwah tak pergi dengan cara yang susah…Wallahualam…semOga dia ditempatkan di dalam gOlongan yang beriman..Amin..

Menurut keterangan dalamAl-Quran dan al-Hadis dikemukakan dengan jelas dan tegas bahawa fasa-fasa yang harus dilalui Oleh setiap jiwa atau rOh manusia itu adalah empat perumahan..Perumahan yang aku katakan di sini adalah alam yang harus ditempuh iaitu alam kandungan,alam dunia,alam kubur(barzakh) dan alam akhirat. Kenapa kehidupan dunia hanya merupakan kesenangan yang memprdayakan? Memang dapat dibuktikan kini dan segala bukti serta kenyataan yang aku bOleh perkatakan seperti muda menjadi tua bangka,kelmarin masih sihat tetapi hari ini keadaan sakit, dahulu dapat berjalan sekarang sudah lumpuh, dahulu mata jelas melihat tetapi sekarang harus menggunakan cermin mata,dahulu rambutnya hitam tetapi berubah menjadi putih dan sebagainya..Itu semua adalah datangnya malakul maut kepada manusia sedikit demi sedikit..

Dalam satu riwayat ada disebutkan,tatkala rOh berpisah ngan tubuh,maka ia dipanggil dari langit dengan 3 kali jeritan..

Wahai anak Adam.
-Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kamu?
-Apakah kamu mengumpulkan dunia, atau dunia mengumpulkan kamu?
-Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu?

Innalillah…mudah-mudahan dapat kita jadikan cermin dan pelajaran serta mempertebalkan keimanan kita,sehingga kita tidak merasa canggung untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya dan dalam meningkatkan ibadat kita kepada Allah untuk mencapai tingkat muttaqin…semOga semua umat Islam yang telah meninggal dunia berada di dalam gOlongan mukmin yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah..Kita pula?Same2lah sedekahkan al-fatihah dan berdOa untuk mereka di sana..Mungkin hari nie mahupun selepas membaca segala yang telah aku coretkan ini,tiba mase kita pula..Wallahualam…

TSUMMA AMAATAHUU FA AQBARAH,TSUMMA IDZAA SYAA-A ANSY SYARAH..”Kemudian Dia mematikannya dan memasukkan kedalam kubur, kemudian bila Dia menghendakkani,Dia membangkitkannya kembali”
Al-Isyq

Assalamualaikum...selamat tengahari kalian...Ade perkara yg nak dibahaskan...atau kata yg seerti dengannya adalah sesuatu yang patut diluahkan...CINTA...ada ape dengan cinta itu sebenarnye..??kata sayang,rindu,kasih....tue ke CINTA yang dimaksudkan..?Al-Isyq...cinta dalam Islam juga yg agung dan kudus....tapi bagaimana pula dengan cinta skrg..cinta remaja dalam erti kata laen ialah hawa nafsu semata-mata...Sukar benar untuk melihat cinta yg begitu suci dan indah..Ada yg mengatakan cinta tue adalah kesakitan...Love is nOthing..benarkah..?Minggu lepas sOrang rakanku putus cinta gara-gara mengetahui sang kekasih mempunyai cinta hati yang lain..aku yg melihat rakanku menangis teresak-esak.melihat kesakitan yg dirasakannya...Kadang-kadang terfikir sejenak..mengapa cinta begitu??Cinta yang rakanku beri kepada sang kekasihnya adalah sepenuh hati..aku tak akui benda tue..tapi kenapa lelaki sanggup patahkan hati sOrang wanita yg begitu ambil berat tentang dirinya?Hurmm.....aku sendiri tak dapat jawapan bagi persOalan tue...


Teringat tentang kisah sOrang kawan yg sanggup mencederakan dirinya sendiri kerana CINTA...Petang khamis tue,aku dapat panggilan dari temanku neyh...Sedang menangis dan bercakap..Namun aku tak faham butir bicaranya...disebabkan lelaki,die sanggup telan sebanyak mungkin panadOl...wahai teman,sejauh mane keteguhan dirimu..?Mane kekuatan dan semangat yg penah kau bagi padaku..??Alhamdulillah...kawan aku selamat..naseb baek sempat dikejarkan ke hOspital....Maafkan aku wahai teman..aku jua tak punya kekuatan untuk hadapi sume nie..Tapi..di sisi kite masih lagi ade Orang yang begitu menyayangi kite..Allah ada bersama-sama kite...CINTA...disebabkan cinta,ramai insan yang bOleh tekOrban....sebab cinta...ramai yg terluka dan merana...Teman,jika seseOrang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,janganlah terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...


Hari nie plak....saat aku kuar je dari bilik,aku dengar esakan sOrang rakan...terkejut gak tengOk cOz semalam baru jerk kami gelak ketawa,gurau same2...tapi pagi nim...jauh sangat berbeza sikapnya....sumenya sebab CINTA...aduhai.....parah benar cinta ini...insan ini jua ditinggalkan kekasih hati....Hurm...da la nie minggu exam...macam-macam laks jadinya...kesian aku kat kawan aku sOrang nim....aku takut die tak ley nak fOkus nak jawab exam..tue yg paling aku takut...Namun,pe mampu aku buat sebagai kawan..??aku tak suke tengOk kawan aku macam tue...aku tak suke tengOk air mata tue menitis kat muke dier...aku tak suke tengOk sikap murung dan angan2 yg ntah pergi dibawa angin ke mana...Ya Allah...Bantu dirinya...kuatkan hatinya....Teguhkan pendiriannya kepada-Mu.....


Tiada sesiapapun yg tahu apakah yg membuatkan kamu benar-benar bahagia..Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai..Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi.."saya air mata sOrang gadis yg menyayangi sorang lelaki tetapi telah kehilangannya..Siapa kamu pula?"..Jawab titis air mata yg ke-2 itu.."Saya air mata sorang lelaki yg menyesal yg membiarkan seOrang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja..."..bTol..segalanya ketentuan Ilahi...Wallahualam..

Final Exam
Assalamualaikum....
Hari baru dengan cerita yg baru..hehee...Selame 5 bulan lebih berada di Polisas nim macam2 yang da berlaku..Kenangan suke duke..jatuh bangun aku sume kat sini...Lucu plak bile dikenangkan kembali...Pejam celik pejam celik..Esok da nak final exam..!!huhuu...agak takut rasenyer utk menghadapi hari esOk...ley dikatekan cam nak terputus segala urat bile ingat tarikh keramat 19hb Mei 2009..tarikh yg slame nim aku tunggu sepanjang aku duk sini..dalam 2 minggu neyh alwez sangat tidOw lambat..kadang2 bangun esOk pagi,mate cam kene tumbuk jErk..hehe..tapi xpe..setiap pengOrbanan untuk ilmu,pasti juge dapat keredhaan dari-Nya..Semakin banyak anda mengetahui maka anda semakin pandai..Semakin banyak pengetahuan anda,akan semakin banyak yg anda akan hasilkan..Hurmm..tidOw kul 4 pagi da macam jadi kebiasaan untuk minggu neyh...dengan keletah teman-teman yg pelbagai ragam..ade yg sibuk menghafal..ade yg buat muke tensiOn...ade yg melalak tak tentu pasai cOz penat sangat mengadap buku yg belambak..hehehe...rambut same itam,tapi ragam len2..lumrah kehidupan la katakan..Errm..persiapan utk menghadapi esOk hari, Alhamdulillah,setakat nie berjalan lancar..nak mengingati sume nOta yg da dikarang bak buku nOvel rasenyer kemungkinan agak sukar, namun dengan berkat mama abah,keredhaan dari Yang Maha Berkuasa,harap sumenyer berjalan dengan sempurna....

Bile engkau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
Bile tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,Allah telah mengira titisan air matamu..
Bile engkau rase ketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah sentiasa di sisimu..
Bile engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya..
Bile tiada yg bererti buatmu,keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..

"INNALLAHAMA'ANA....."

buat teman-teman seperjuangan sekalian,ayuh bangkit,tunjukkan kite juge bOleh berjaya same seperti teman kite yg laen...If serabut sangat dengan segala benda,pejam mate untuk seketika,ingat wajah ibu bapa yg sedang mengharap dengan penuh pengharapan,lalu katakan,AKU BOLEH!!!"Insyallah..segalanye pasti lancar...Buat y terbaek utk exam neyh..gOod Luck.smOge jumpe di pentas kOnvo..hehee...nak sambung study plak...dOakan yg terbaek utkku jua..tata titi tutu..wassalam...
Bidadari Syurga
Terdetik di hatiku, betapa istimewa kalangan makhluk yang dicipta sebagai kaum Hawa..Allah sendiri meninggikan martabat bagi kaum ini...Terniat di hatiku, ingin aku menjadi mujahiddah kekasih Allah...Terutama bidadari syurga bagi Adam yang telah terhalal bagiku...Teringat aku pada satu kisah...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia..

"Wahai kakakku,kenapalah lemah sunguh kaum Hawa itu,asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia..

"wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.Tapi disitulah adikku,kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego lelaki...Kerana sendu rayunya wanita itu, Nabi Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata."

Si adik tidak berpuas hati lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupilah auratmu. Lantas cuba adik nilai,pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hamba yg bergelar ar-Rijal.Kerana, andai lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya."

Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh...

Adik garu2 kepala..Lalu bertanya, masih adakah wanita solehah di dunia ini?

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga Allah merahmati mujahidah kecil ini.Berjihad dalam dunianya sendiri.Di zaman ini tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh.Namun adikku, jangan dikau cemuh wanita yg toleh itu...kerana dalam hati-hati mereka, tetap ade satu permata indah..perasaan cinta pada Allah..Seperti kisah jambu..Walaupun ia buruk diluar, namun tetap ade kegunaan utk menjadi santapan binatang lain..Mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali ke pangkal jalan, namun terasa berat pula di bahu mereka..Kadang-kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim..Sedangkan itu hanyalah persepsi..Bukan bermakna kita perlu memakai jubah mahupun purdah tapi cukup dengan hanya menutup tubuh badan daripada dijamah oleh tatapan mata sang adam..Hakikatnya,wara' itu bermaksud menjaga..

Sedangkan mereka alpa.Allah tidak menjadikan makhluk ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaannya, bila mana dia menciptakan hawa itu dari tulang rusuk Adam.1001 keindahan penciptaan wanita.

Pernah aku mendengar titipan dari seorang insan bergelar Adam...Wanita ini diibaratkan seperti buah epal.Epal yg berkualiti sangat susah utk diperolehi.Tetapi epal yg tak berkualiti sangat mudah didapati kerana telah jatuh menyembah bumi.

Adik hanya terpaku..ntah apa yang mula difikirkannya...

sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa ini.Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.Wahai adikku...sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah s.w.t , kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga...

Alangkah bertuahnya dirimu..Dan aku????Hanya bidadari berwajah manusia..berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahualam...
munajat CINTA...
Ada apa dengan cinta..?satu ungkapan yang terlalu sukar untuk diluahkan...Cinta dalam kamus hidupku masih belum ade pengertiannya....Apa itu cinta..?Dalam Islam sendiri menyatakan pelbagai aspek cinta..Cinta pada Ilahi adalah cinta Hakiki....Cinta pada ibu bapa merupakan cinta yang begitu abadi...cinta pada alam sekitar adalah cinta yang berteraskan kasih-sayang..Namun cinta pada manusia..?cinta pada makhluk-Nya yang satu ini bagaimana..?Lumrah kehidupan manusia..ade perasaan cinta dan sayang..Kadang2 ia begitu menyakitkan dan kadang2 ia begitu indah..Ada apa dengan cinta..?Masih tiada jawapannya.....hanya dOa dan harapan yg sering dituturkan utk menemuinya...

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yg sejahtera dan abadi..


Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkan lah yg telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..


Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yg terbaik buat ku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba-Mu ini..


Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan daripada hamba-Mu yg daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjurumus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau reda..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg sOleh..
Amin ya Rabbal'Alamin...
Warkah Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika cOretan ini memaskan hatimu..Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..

Wahai Adamku..
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkOk.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam..
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata daripada peristiwa Hbil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka tidak selaraslah undang-undang Allah yg mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yg merunsingkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg membimbangkan aku. Tapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun..Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara..

Adam..
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yg menyatakan bahaa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab utk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu.

Adam..
Mengapa kau biarkan kau begini?Aku menjadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.Tapi sekarang diwaktu yg sama, aku menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja.Ada antara kau yg menganggur tiada kerja.Kau pehatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam..
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama dengan didikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhada kaum Hawa?

Adam..
kau sebenarnya imam dan aku makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku.Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu..Aku...akalku satu, nafsuku beribu! Dari itu Adam..pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinlah daku utk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu daripada Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih alpa dan lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur apabila kaumku yg akan memerintah. Malulah kau Adam, malulah engkau pada diri sendiri dan Tuhanmu yg engkau agungkan itu..

Maafkan aku sekali lagi Adam..seandainya warkah yg ku layangkan menimbulkan amarah di dadamu..jauh sekali niatku membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..

Tetapi..Percayalah..bukan emas kucari..bukan berlian yg ku pinta..tetapi hanyalah hati yg tulus ikhlas, dirimu Adam..

Dengarlah..keluhan hatiku buat dirimu..

-Hawa-

Blog Widget by LinkWithin
  • SALAM ZIARAH

    Gila Lensa

    Aku = Photographer

    Aku = Photographer
    Syahirah Photography

    Labels

    Seruan-Nya

    jom borak!!


    ShoutMix chat widget

    SIAPA AKU?

    My photo
    Salam..hOlla2!!There's not 2 much dat's interesting bout me but here u go,My name is Nur Syahirah Zulkifli. freaky 20.Aku insan penuh kekurangan but alwez m'cari peluang utk m'perbaiki kelemahan tue..i enjoy doing sumtym dat i lOve tO do..huhu..i love photography.even i'm still blind bOut it..do sumting blurr when i got bored,like mengelamun.i had a dream,hope miracle will happen 2 make my dream come true.if i got a power,myb a magic ball,i will..em, secreto.i’m a gurl.a daughter.a student.a beshfwen n a chOmey..huhu.people judge n describe me in so many words.they maybe rite n probably wrong 2.i'm not a perfect gurl but i'm trying 2 be a gud person.life3.full of surprise,aku cume aku,bukan Org laen.so,dat's me.thanx 4 wasting read dis.Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,Cintanya bukan pada gambaran,setianya bukan taruhan,Rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat taqwa keimanan.. Aminn....=)~

    Pengunjung

    PRINCESS PERI

    CHENTA HATi..


    PHOTOGRAPHY

    PHOTOGRAPHY

    TIPS FOTOGRAFI UNTUK ANDA

    “Soften Effect-Kurangkan nilai Contrast & Clarity di dalam Adobe Lightroom untuk mendapatkan potret yang lebih soft seperti filter softening."

    “Painting with Light adalah teknik mencahayakan ruang dengan berbagai sumber cahaya semasa shutter masih terbuka.”

    “Potret Malam-Apabila membuat sesi rakaman pada waktu malam, bawa sumber cahaya lain seperti Portable Mini Luxeon LED Lantern yang boleh menerangi seluruh kawasan, atau sekurang-kurangnya menerangi subjek supaya autofokus kamera anda berfungsi dengan baik.”

    “Gunakan format RAW untuk tonaliti maksimum dalam gambar. Perisian Image Workflow seperti Apple Aperture, Adobe Lightroom , DXO atau PhaseOne CaptureOne memudahkan anda menyunting gambar format RAW.”

    “Di Sg Wang, terdapat kedai buku yang menjual majalah2 photography versi luar negara yang lama dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan banyak tips tips fotografi di sana.”