
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yg sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkan lah yg telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yg terbaik buat ku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba-Mu ini..
Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan daripada hamba-Mu yg daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjurumus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau reda..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg sOleh..
Amin ya Rabbal'Alamin...

Wahai Adamku..
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkOk.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam..
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata daripada peristiwa Hbil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka tidak selaraslah undang-undang Allah yg mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.
Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yg merunsingkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg membimbangkan aku. Tapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun..Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara..
Adam..
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yg menyatakan bahaa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab utk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu.
Adam..
Mengapa kau biarkan kau begini?Aku menjadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.Tapi sekarang diwaktu yg sama, aku menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja.Ada antara kau yg menganggur tiada kerja.Kau pehatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam..
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama dengan didikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhada kaum Hawa?
Adam..
kau sebenarnya imam dan aku makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku.Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu..Aku...akalku satu, nafsuku beribu! Dari itu Adam..pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinlah daku utk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu daripada Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih alpa dan lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur apabila kaumku yg akan memerintah. Malulah kau Adam, malulah engkau pada diri sendiri dan Tuhanmu yg engkau agungkan itu..
Maafkan aku sekali lagi Adam..seandainya warkah yg ku layangkan menimbulkan amarah di dadamu..jauh sekali niatku membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..
Tetapi..Percayalah..bukan emas kucari..bukan berlian yg ku pinta..tetapi hanyalah hati yg tulus ikhlas, dirimu Adam..
Banyak dugaan utk pikul bnd neyh..tambahan plak, aku jenis xsuke kerja ngan org yg mmg xley buat keje...banyak Orang, banyak ragam..mmg aku akui..aku xley puaskan ati semua org..as pemimpin yg dah diberi kepercayaan oleh smua ahli kelab, aku cuba buat yg terbaek...aku xkisah bersusah utk siapkan sume bnd nim....banyak yg aku lalui..ajk xbuat keje, masalah pengurusan pihak hOtel, student xmO bayar duet...n im very pressure..aLhamdullillah, pe yg aku pegang slame nim buat aku kuat..dalam Islam 7minit saje utk lepaskan kemarahan, yg laen smua nafsu...assabarul'minall'iman......
10 april 2009...Majlis makan malam dsk club yg bertemakan Arabian Night telah diadakan di Hotel Hyatt yg bertaraf 5 bintang...banner pnye meriah sampai ak xtaw de ajk sengaja letakkan pic ala2 ak pada banner dgn alasan "xpe ira,muke awk kan macam minah arab"..hurmmmm...ntah btOl atau x..tue kOrang je la yg nilai...hehee
Hurmmm...macam-macam jadi mase majlis berlngsung..Namun, alhamdulillah..segalanya makin berjalan lancar dari detik ke detik...memang malam tue ak xdapat mengeluh nafas lega langsung...perghh..debar siOt....muke pOm da macam ape...lebih2 lagi kene duk makan ngan VVIP..huwaaa...xsuke..xsuke...prOtokol lagi la kene jaga....huhuuu....nak tengOk camner muke tue..?hahahaha..nie die.....

hehehe....muke ketat...debar...debar... tapi dapat dicOver dengan wajah yg chOmey lagi cOol..hahaha...malam tue macam2 gaya..macam2 ragam..macam2 kerenah....aduhaiii....lagi sedih,keadaan agak kelam kabut pada mulanya...masalah pegurusan hOtel tak habis2...tapi nak buat camne..maybe de hikmah atas ape yg terjadi....sabar je la...ade rahsia dan nikmat di sebalik erti sabar neyh...Antara firman Allah tentang hal neyh..."Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yg memberi petunjuk dgn perintah kami ketika mereka bersabar".."Mereka itulah org-org yg dibalas bilik (martabat yg tinggi di syurga) krn mereka bersabar(menjunjung taat kpd Allah), dan mereka dialu0alukan di dalamnya(syurga) dgn penghOrmatan dan ucapan salam kesejahteraan(oleh para malaikat)...Amin...smOge aku jua tergOlong dalam gOlongan sedemikian....=)
majlis diteruskan diikuti dengan simbOlik perasmian...huhuu..puas ku fikir utk melaksanakan bnd neyh...macm mane ntah tetibe idea tue datang di saat ku sedang menikmati kek cOklat yg sangat enak di mega mall...haha...berbuah la idea utk buat simbolik di mana ade sOrang puteri diiringi 6orang dayang datang dari belakang dengan membawa pedang..lampu ditutup dan dayang2 pula mengiringi tuan puteri dengan membawa lilin..huhu..x ke rOmantik suasana di kala itu?hehee..lu pikir la sendiri, bak kate nabil...
utk memberi penghargaan kepada para AJK, sesi catwalk melalui red carpet diadakan..hehe..xde la ajk yg buat kerja x dikenali..at least, segala penat lelah dan jutaan titik peluh dapat diberi sanjungan dan dibanggakan...nie la antara ajk-ajk perlaksana untuk malam tue...(hurmm...ade gak yg amek name jerk..bese la..lumrah manusia..)...jeng..jeng..jeng...






takdir menemukan kita buat sementara,

Alhamdulillah, selamat pergi & kembali. Itulah perkataan pertama keluar dari mulut setelah selesainya Xpdc Bintang Hati yang cukup menguji mental dan fizikal neyh..tahap kesabaran lagi laa.huhu.. Walaubagaimanapun tempoh 4 hari 3 malam yang dilalui memang banyak mencatat pengalaman pahit dan manis(yg indah2 pOm ade bile terjatuh mcm nangka dalam hutan tue). Berjalan kaki hampir 22jam nOn-stOp taw..haa..mane adew lagi Org penah buat keje gile mcm kitOrg..mencapak lame glew..hehe, tak cukup tido, makan dalam hujan, merangkak dalam hutan buloh, itu cume sebahagian kecil saje yang kitOrang lalui untuk diceritakan disini.
Xpdc ini berlangsung sekitar 23-28 November 2008 dan selama tue la aqu pOnteng keje.huhu..asyikk.asyikk..xyah nak fenim2 pk sal keje dan repOrt yg amat melOtehkan urat2 tangan..hehe
ok...Gunung Bintang neyh merupakan sebuah gunung yang terletak di sempadan antara negeri Perak dan Kedah(sbb ramai jugak trip nim ckp lOghat perak,gara2 terkena virus ajak.hehe. Ketinggiannya 1862m dari aras laut(agak2 je la). Untuk sampai ke sini ada 2 jalan, samada melalui Sedim di Kulim atau Kg. Kupang di Baling Kedah. Gunung ni jugak adalah satu-satunya Gunung yang berhampiran dengan
Jumlah peserta yang mengikuti Xpdc Bintang ni dalam 50 lebey semuanya termasuklah kOnco2 serta staf daripada Utem...Kiranya nim first trip aqu la jOin ngan grOup luar..tapi besh glew cOz dapat kenal ngan dak2 yg btOl2 banyak kerenah dan ragamnyer..wahh..tak tercapai akalku mengenangkan kOrang yg sentiasa mencuit tangkai ati neyh..leh terburai urat2 perut bile sembang ngan kOrang..Tahniah diucapkan kepada Team Kerex iaitu para pendaki tegar di ketuai oleh Poncho.. Tanpa korang semua dan tanpa izin Allah mungkin XPDC ni jadi tak best. Tahniah ..tahniah..(dengan senyuman yg agak melebar)..
Catatanku. Pada suatu hari……
Hari Pertama – 23/11/2008
BertOlak daripada Kuala Terengganu pada pukul 9.30 am menaiki bas Mara Liner yg berharga rm105.90 tiket2 tue(kene sebut..mahal p trip neyh)huhu...Pejam celik tidO makan...dalam 11 jam baru la sampai ke Melaka..jauh btOl perjalananku...badan pOm da sengal2 berserta Otak sekali cOz first time menjejakkan kaki ke melaka sensOrang..samapi ke Melaka dalam kul 7pm..naseb baek ade jiji datang amek..tenz jiji...jasamu xkan ku lupe..huhu
Hari Kedua-24/11/2008
Sampai kat Kedah dalam pukul 5pagi lebih klu tak silap..dalam bas xley tidOw langsung cOz alwez pk sal sOrg kawan yg nak naek dari
Kami selamat tiba di starting point untuk ke puncak Bintang petang la jugak..pukul brape itu tidak dapat dipastikan cOz aqu nim bukan la peminat pemakai jam..hehe..Dalam perjalanan ke air terjun tue,kaki aqu plak buat hal..wahh..perit glew cOz kaki aq KREM!!!!waahhh..sakit2..tenz kat kOnco2 dibelakang yg sedia membantu...xpernah2 krem kaki dan itulah pengalaman pertama yg dapat di Gunung bIntang neyh...
Kami memulakan pendakian menyusuri trek balak lama sebelum tiba di Kem 1, Air Terjun. 4jam pendakian tidaklah terlalu sukar lebih kurang layan pantai jugakla(hahaha..padahal penat nak mampus)... Pemandangan disini kurang menarik, cuma air terjunnya agak tinggi.Sume buat keputusan utk stay kat waterfall tue cOz ramai yg krem kaki termasuk la sOrg dak chOmey tue.haha,(dalam aty punye la syukur cOz dapat brehat gak)..Malam tue plak makan nasi putih,daging masak merah klu xsilap la ngan ikan bilis...sungguh menyelerakan..Pukul 10pm sume dikerahkan tidow dan zzzzz......
Hari Ketiga-25/11/2008
Dengan keadaan hujan yg lebat..tapi korang pOwer la..tahniah..Para peserta perlu melalui kawasan Bonsai(1520m) dan Anak Bintang sebelum tiba di Puncak Bintang.Setelah hampir 3jam pendakian melalui trek berlumpur dan hutan bonsai kami tiba di Puncak.Yahuuuu!!!!!Gumbira sesangat mase nim bile da sampai kat puncak..mmg tak tergambar dgn kata2...tak terucap btOl.. Kawasan yang kami lalui ini juga merupakan trek laluan binatang seperti Gajah, Badak dan juga Maybank..Yg paling besh..bile nampak team wOrk kOrg bile Amar injured..Amar,tahniah sangt2 cz berjaya gak sampai ke puncak..tO abg Nuar,abg mmg kuat cz berjaya gendOng amar naek...ira btOl2 tabik kat kOrg..
Ape yg jadi kat atas puncak...???
- aq dikahwinkan dgn ajak..!!owh...apakah sume ini..hehe...
- bile ah seOng pakai baju melayu kaler hijau.sedOndOn laks ngan
syaza..heheehe
- teruja jugak bile tgk dak2 nim tukar baju..yg gurl pakai baju kebaya/kurung n bOy pakai baju melayu...chOmeyy...
air kegembiraan..walaupOm terpercik ke mukeku..tapi ia sungguh
menyerOnokkan...
Perjalanan seterusnya membawa kami menuruni lembah dan permatang utk turun dari puncak Bintang neyh... Trek agak curam dan kami perlu berhati-hati sebab ianya licin, lagipun ramai peserta melaluinya dan boleh dikatakan trek hancur.
Waktu kami disini, hujan turun membasahi bumi, merasa jugak makan dalam hujan. Hampehh…tp thanks a lot laa..Dalam pukul 6lbh kami tiba di anak Bintang utk tunggu amar..tunggu punye la lame sampai badan pOm da ketar2..mase tue Tuhan je taw betape sejuk
berada di puncak sana..Hari da pOm malam,api bOley diibarat mcm kawan je mase tue. Rase nak hug api tue kuat2 kalau bOley..huhu..
Kami teruskan pendakian untuk ke camp site..mase tue da malam sO sume org kene hati2.. Trek kali ini lebih mencabar sebab para pendaki perlu melalui kawasan hutan buloh dan cuaca plak gelap.. Memang boleh pecah mental, silap-silap tido kat trek.Tenz tO anip yg alwez tolong ira..mase jatuh mahupOm melalui kawsan licin..kak ana..semangat yg xputus2 dari akak,ira btOl2 hargai...ira sayang kamoo sume..Mase nim mmg a mental dOwn gile..mcm2 rase..nak marah,penat..yg tak ley blah bile da dgr bunyi air terjun aty mule la gembira tapi jalan depan sket last2 bunyi da hilang..mase tue mmg nak marah sesangat....Ya Allah..terima kasih cOz bagi
satu kesabaran yg cukup menguji mental nim...21jam tanpa henti berjalan,sape la yg xmental...pikiaq..Serangan pacat juga amat hebat disini, sampai dah tak larat nak buang. Rasanya setiap sorang kena secara puratanya limabelas ekor pacat…ngeri ngeri…Masa nilah mental aku pecah, tension habis, x boleh nak berkata-kata lagi. Sape yang buat lawak masa ni memang hospital jawabnye...
Hari Keempat – 26/11/2008
Sampai jugak akhirnya kat campsite..malam xtidOw mmg bdan penat2 glew..aqu plak sesak nafas..aduhai..cobaannnn..Kak jU,tenz fOr da hug...malu plak bile nanges...tapi nk buat cmne da mmg ngah sesak nafas.hahaha..Air terjun yang mengalir disini sungguh sejuk sehingga aku dah tak tahan terketar..Pagi tue lepas bersihkan diri..mengadap makanan la plak..wahh..kecur air liur..nasi putih,telur gOreng,ayam masak kicap ngan sayur campur...cedap wOoo...huhu
Pukul 12 perjalanan diteruskan utk turun ke kaki gunung... Kami menyusuri trek balak yang keras..memang seswai sgt aqu pakai kasut crOg wara ijau tue tapi munge kat kasut da hilang..huwaaaaa.....cedey glew..hilang seri di kakiku..wahahaa...
sampai kat Dewan bawah tue da maghrib..tibe2..jeng..jeng..jeng..kaki ku start buat hal lagi...mcm bese la..abg nuar jadi mangsa kene jadi tukang urut.hehe...malam tue ade buat bbq..tapi aqu plak demam..huwaa...kepingin nak makan tapi sume xley nak telan..rase nak keluaq balik jerk...makanan besh..nasi gOreng,serunding daging,hOtdOg,ayam 2ketul sOrang,cOstlow...waahh..mcm2..
Tapi xjeles mane pOm xdapat makan cOz aku dihadiahkan cOklat cadbury oleh abg din....wahhh..untung gak jadi dak cOmey yg sakit neyh..hehe..malam tue ade game sket2..epy la jugak..tapi yg xley bla ble kene hukum.. sampai hati dirimu wahai rOzana cOz melarikan diri ke tOilet..cian ira kene denda..huwaa..xsuke berlakOn..mencii..malu gue..=(
Hari Kelima – 27/11/2008
Selamat pagi wahai pendaki sekalian..Misi kite telah berjaya. Hari terakhir kami di sini.Pagi2 lagi kami bersiap untuk maen water rafting.hehe..first time buat WWR..agak teruja la..mule2 kene buat water cOnfidnt dulu...wahhh..tercabar mental neyh..tapi naseb baek sume ok..xde la macam sOrang tue..org da bagi tali tapi tetap hanyut..haha..gn marah pada yg terasa..ingat...7 minit..7 minit..hehee
Mase buat WWR plak ade la sOrg insan nim plak buat lawak...aduhai...wahai ajak..aqu bangga dengan perjuanganmu utk naek semula ke atas bOt apabila jatuh..huhu..fOr my team..besh buat WWR ngan kOrg..sempOi ngan pic yg belambak..huhu
Setelah bersalaman dan bergambar dengan smua peserta XPDC, kami pun menaiki bas yg telah disediakan..Malam tue paling banyak prOblem..kecian kat pengarah prOgram..kepala da macam nak kluar asap jerk..huhu..prOb dengan lutfi tertinggal bas, hanna tertukar beg, macam2..lawak pOm ade rase nyer..sabar ye abg ude...
Kul 7pagi sampai dekat UTem..mase nim la saat perpisahan kite..Kul 9 aqu da ene naek bas meneruskan perjalanan balik...Alhamdulilla..sume selamat..dan misi kali nim btOl2 berjaya...ira mintak maaf kat kOrang sume andai ade buat salah silap sepanjang trip neyh..Terima kasih pada sume...Kalian kenangan terindah utk ira.."bintang2 jatuh ke hati"..terima kasih....
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua Pendaki Kerex XPDC Bintang Hati 2008 kerana berjaya menamatkan misi sukar neyh..Kerjasama yang ditunjukkan antara satu sama lain sungguh menakjubkan dan diharap berkekalan di lain XPDC..Jumpe kOrang lagi di gunung yg laen..wahai puncak2 gunung sekalian..tunggu akuuuu!!!!!!!ira datang......!!!!!!!Wassalam....