Warkah Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika cOretan ini memaskan hatimu..Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..

Wahai Adamku..
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkOk.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam..
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata daripada peristiwa Hbil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka tidak selaraslah undang-undang Allah yg mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yg merunsingkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg membimbangkan aku. Tapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun..Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara..

Adam..
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yg menyatakan bahaa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab utk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu.

Adam..
Mengapa kau biarkan kau begini?Aku menjadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.Tapi sekarang diwaktu yg sama, aku menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja.Ada antara kau yg menganggur tiada kerja.Kau pehatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam..
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama dengan didikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhada kaum Hawa?

Adam..
kau sebenarnya imam dan aku makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku.Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu..Aku...akalku satu, nafsuku beribu! Dari itu Adam..pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinlah daku utk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu daripada Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih alpa dan lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur apabila kaumku yg akan memerintah. Malulah kau Adam, malulah engkau pada diri sendiri dan Tuhanmu yg engkau agungkan itu..

Maafkan aku sekali lagi Adam..seandainya warkah yg ku layangkan menimbulkan amarah di dadamu..jauh sekali niatku membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..

Tetapi..Percayalah..bukan emas kucari..bukan berlian yg ku pinta..tetapi hanyalah hati yg tulus ikhlas, dirimu Adam..

Dengarlah..keluhan hatiku buat dirimu..

-Hawa-

0 Responses
Blog Widget by LinkWithin
  • SALAM ZIARAH

    Gila Lensa

    Aku = Photographer

    Aku = Photographer
    Syahirah Photography

    Seruan-Nya

    jom borak!!


    ShoutMix chat widget

    SIAPA AKU?

    My photo
    Salam..hOlla2!!There's not 2 much dat's interesting bout me but here u go,My name is Nur Syahirah Zulkifli. freaky 20.Aku insan penuh kekurangan but alwez m'cari peluang utk m'perbaiki kelemahan tue..i enjoy doing sumtym dat i lOve tO do..huhu..i love photography.even i'm still blind bOut it..do sumting blurr when i got bored,like mengelamun.i had a dream,hope miracle will happen 2 make my dream come true.if i got a power,myb a magic ball,i will..em, secreto.i’m a gurl.a daughter.a student.a beshfwen n a chOmey..huhu.people judge n describe me in so many words.they maybe rite n probably wrong 2.i'm not a perfect gurl but i'm trying 2 be a gud person.life3.full of surprise,aku cume aku,bukan Org laen.so,dat's me.thanx 4 wasting read dis.Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,Cintanya bukan pada gambaran,setianya bukan taruhan,Rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat taqwa keimanan.. Aminn....=)~

    Pengunjung

    PRINCESS PERI

    CHENTA HATi..


    PHOTOGRAPHY

    PHOTOGRAPHY

    TIPS FOTOGRAFI UNTUK ANDA

    “Soften Effect-Kurangkan nilai Contrast & Clarity di dalam Adobe Lightroom untuk mendapatkan potret yang lebih soft seperti filter softening."

    “Painting with Light adalah teknik mencahayakan ruang dengan berbagai sumber cahaya semasa shutter masih terbuka.”

    “Potret Malam-Apabila membuat sesi rakaman pada waktu malam, bawa sumber cahaya lain seperti Portable Mini Luxeon LED Lantern yang boleh menerangi seluruh kawasan, atau sekurang-kurangnya menerangi subjek supaya autofokus kamera anda berfungsi dengan baik.”

    “Gunakan format RAW untuk tonaliti maksimum dalam gambar. Perisian Image Workflow seperti Apple Aperture, Adobe Lightroom , DXO atau PhaseOne CaptureOne memudahkan anda menyunting gambar format RAW.”

    “Di Sg Wang, terdapat kedai buku yang menjual majalah2 photography versi luar negara yang lama dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan banyak tips tips fotografi di sana.”