Lelaki vs Wanita

Assalamualaikum..Salam Ramadan buat semua..Haa..ade kisah nak kOngsi ngan kOrang semua..Semalam dalam keasyikkan mengemas bilik(wahh..cam rajin sangat jerk..huhu), aku terjumpa la majalah sekolah aku dulu..iaitu majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar..Tengok punya tengok,terpampang la satu kisah..Jeng3..huhu..xde la kisah ape sangat pun..tapi karya cerpen aku kat dalam tue..Aku menang pertandingan cerpen,sO ade la dimuatkan dalam majalah sekolah tue tanda penghargaan..aku nak kOngsi la ngan korang cerpen yang aku menang dulu..bOleh la korang tolong jadi pengkritik plak..wOkey..?Layannn…

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu..!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak,lalu menatap wanita dengan pasti)Kamu tulang rusukku!!

Kerana Allah melihat Adam kesepian,saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil tulang rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya..Setelah berkahwin,pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi bOsan.Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mula menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar dari rumah. Saat tiba di seberang jalan,dia berteriak,”kamu tidak cintakan saya lagi!!”.LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “saya menyesali perkahwinan ini!kamu ternyata bukan tulang rusukku!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan linangan air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu…
LELAKI masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggunya, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA..

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik..kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang..?
LELAKI : Belum
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan
Kembali 2 minggu lagi.Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu
tahu nombor telefon saya kan?Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum
manis,berlalu dihujung lafaz “selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian,LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban dalam nahas itu.Malam itu,sekali lagi,LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya.Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA,tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan…

Jadi berfikirlah,apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima..??

Hehe..nie la cerpen yang aku karang zaman sekolah menengah dulu..Banyak gak sumber-sumber yang membantu dalam penyiapan sebuah cerpen neyh,,.nak tengOk cerpen nie ngan lebih jelas,ley la kOrang dapatkan majalah SMKB neyh..huuhuu..sO,apa plak pendapat korang sebagai juri?hehe..Wallahualam..
Labels: , | edit post
6 Responses
  1. xikree Says:

    wah.....cerpen ni mmg ira karang sendiri ke?rekaan sendiri or ade cedok mane2 sikit??nice work...ceritanya agak menarik...tapi...ade satu part dimana "LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban dalam nahas itu"...macam tergantung..pembaca akan berfikir nahas ape???kalau bleh cerita sikit apa yang terjadi..mungkin akan jadi lebih menarik..tapi cerita ni menarik dah...cube kalau buat citer ni lagi panjang...tak pun...dari cerpen cube jadikan satu novel bersiri ,sampai citer ni tamat...mesti akan jadi something tuk dibaca...hehehe..keep blogging..


  2. AD Hamzah Says:

    salam...a great cerpen...but make it more rialistic...and hidup..ahukas....


  3. hehe..
    Tenz..
    cerpen nie memang buat sendiri di atas bantuan kengkawan sekOlah gak..
    banyak membaca,dapat la jadikan ia satu cerpen begini..
    nak buat nOvel..?
    nak karang banyak2 rasenyer da xde bakat sekarng..
    lame sgt da tinggalkan zaman sastera neyh..huhu


  4. salam kembali abg edy..
    tenz..
    rialistic and hidup..?
    huhu..
    nak kene asah bakat lagi la macam tue...hehe


  5. Unknown Says:

    Assalamualaikum~

    teruskan berkarya ye irah~
    tambahkan dahaga terhadap iman dan taqwa dan hilangkanlah dahaga itu dengan cinta dan ma'rifat terhadap Allah..
    moga kita sama-sama berjaya..^_^

    sahabat lama dari kaherah~


  6. Waalaikumslam wahai si musafir yg berada di perantau..
    InsyAllah..
    dOakan irah kat sini..
    semOga mendapat hidayat dan rahmat daripadaNya..
    Aminn..

    Salam dari irah di Malaysia..=)


Blog Widget by LinkWithin